Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Jiran Didakwa Bunuh Kerani Sekolah Agama

$
0
0

MUAR 03 DECEMBER 2015. Anggota polis membawa tertuduh, Zurailie Muhammad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan membunuh seorang kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir pada 16 November lalu. NSTP/Syarafiq Abd Samad

MUAR: Seorang kakitangan awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas tuduhan membunuh kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Bukit Pasir, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, hanya meggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Tiada pengakuan direkodkan.

Menurut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap, Muar, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Tertuduh yang merupakan jiran mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala Zurailie tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082