Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

26 GRO Ditahan Dalam Op Noda Di Kuala Lumpur

$
0
0

Pasangan-kekasih-ditahan-tipu-penculikan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing ditahan dalam Ops Noda di dua pusat hiburan, di Jalan Kuchai Lama dan di Puchong, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata dalam operasi pada 10 malam itu, polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 wanita Vietnam, tiga wanita Indonesia dan masing-masing seorang dari Thailand dan Laos.

“Kesemua wanita warga asing itu berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya menyalah guna pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua premis terbabit juga dikawal ketat dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Selain itu, premis di Jalan Kuchai Lama juga disyaki menjalankan aktiviti perjudian di dalam bilik tertentu dan terbuka kepada pelanggan tetap sahaja.

“Namun, ketika serbuan tiada aktiviti perjudian sedang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman rasmi Twitter beliau mengucapkan syabas kepada STAGG kerana kejayaan itu.

“Syabas STAGG @PDRMsia OPS Noda di Puchong dan Kuchai lama. Tangkap 26 GRO Warga asing dan 3 Penjaga. #GoPDRMGo,” katanya.

— BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082