Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rugi RM150,000 Kedai Emas Dipecah Masuk Pencuri

$
0
0

image

 

MELAKA: Seorang pemilik kedai emas di Jalan Laksamana, di sini, kerugian lebih RM150,000 apabila sebuah peti besi berisi pelbagai barang kemas yang diletakkan dalam premisnya dipecah pencuri, awal pagi tadi.

Kecurian itu disedari pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 40, ketika tiba untuk memulakan perniagaan, kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.40 pagi, sebelum sepasukan anggota forensik bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kedai emas ini dipecah masuk dan barangan kemas seperti rantai, cincin dan subang hilang dari bilik kebal dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Polis percaya kejadian berlaku antara jam 10 malam semalam hingga jam 8 pagi tadi dan lebih daripada seorang terbabit dalam jenayah ini,”katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya di balai polis berhampiran.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles