Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Gadis Bermasalah Mental Dirantai Pada Bangsal

$
0
0

348128_ed09b36a-c8a5-11e4-9acb-42c32523fab8

 

ALOR SETAR 6 April – Hanya kerana didakwa se­ring bertindak agresif, kaki seorang gadis yang dipercayai mengalami masalah mental diikat dengan menggunakan rantai besi oleh keluarganya di Kampung Su­ngai Baru Tok Keramat, di sini sejak beberapa bulan lalu.

Lebih menyedihkan, gadis ber­usia 20 tahun itu dipercayai di­biarkan tidur di atas tanah de­ngan ha­nya berlapik plastik dalam kea­daan kaki dirantai pada tiang sebuah bangsal.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali mendakwa mangsa juga jarang diberi makan oleh keluarganya.

“Apabila melihat dia tidur di luar rumah dengan hanya ber­alaskan plastik, kami berasa kasihan namun tidak dapat berbuat apa-apa.

“Penduduk kampung ada bertemu dan menasihatkan keluarga gadis tersebut tetapi kami pula dimarahi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gara-gara sudah tidak tahan melihat tindakan tidak berperikemanusiaan itu, penduduk tersebut memberitahu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Alor Janggus, di sini semalam.

“Susulan daripada laporan polis yang dibuat, seorang anggota polis datang ke rumah mangsa terbabit untuk melakukan siasatan.

“Anggota itu beritahu, dia telah memberi amaran kepada keluarga tersebut agar tidak lagi mengikat gadis terbabit di luar rumah,” ujar­nya.

Difahamkan, ibu mangsa memberi alasan anaknya itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sering bertindak agresif sehingga menyebabkannya terpaksa merantai gadis berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais ketika dihubungi berkata, mangsa adalah pesakit mental yang me­nerima bantuan OKU tidak bekerja seba­nyak RM200 sebulan sejak dua tahun lalu.

“Kita telah menghubungi Ja­ba­tan Psikiatri untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap gadis tersebut bagi mengenal pasti tahap penyakitnya itu.

“Selepas memperoleh keputusan itu, baharu kita akan ambil tindakan lanjut. Dalam pada itu, pihak JKM akan memberi kaunseling kepada keluarga tersebut tentang cara penjagaan pesakit mental,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pe­ngesahan daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Rohana Omar gagal. -Utusan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082