Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Op Tapis Bersepadu Tahan 213 Penagih Dadah

$
0
0

LANGKAWI 14 APRIL 2016. Sebahagian 213 penagih dadah yang ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Tapis Bersepadu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. NSTP/ IHSAN PDRM

 

LANGKAWI: Seramai 213 penagih dadah termasuk lapan wanita ditahan dalam Op Tapis Bersepadu dijalankan pihak berkuasa selama tiga hari, di sekitar pulau pelancongan ini yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata semua ditahan berusia antara 14 hingga 50 tahun, hasil pemeriksaan dilakukan ke atas 238 individu.

“Operasi menggempur semua sarang penagihan seluruh Langkawi ini membabitkan 160 anggota mewakili pelbagai agensi penguat kuasa.

“Daripada 213 ditahan, majoriti suspek iaitu seramai 110 orang disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, manakala bakinya mengikut Seksyen 39B (1) dan Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 12(2) akta sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohamad Nazer Mustafa.

Che Ghazali berkata, operasi dijalankan ini seiring kempen Jihad Perangi Dadah yang dilaksanakan sejak tahun lalu dan ia adalah usaha secara total untuk membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah di pulau pelancongan itu. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082