Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Lori Sayur Ditahan Cuba Seludup Minuman Tanpa Kelulusan Kesihatan

$
0
0

BUKIT KAYU HITAM 08 MAY 2016. Timbalan Komander  Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Bukit Kayu Hitam, Insp. Kamar Barin (kiri) bersama pegawainya menunjukkan minuman pelbagai jenama tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan yang dirampas dalam sekatan jalan raya di kilometer 1.3 arah Malaysia. NSTP/AMRAN HAMID

 

Bukit Kayu Hitam: Pemandu lori sayur ditahan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) kerana cuba menyeludup pelbagai jenis minuman tanpa kelulusan pihak berkuasa bernilai RM8,000, semalam.

Timbalan Komander AKSEM Kawasan Bukit Kayu Hitam, Inspektor Kamar Barin berkata, kesemua 155 kotak minuman itu disorok di bawah timbunan sayur dalam lori berkenaan.

Katanya, anggotanya menahan lori itu di sekatan jalan AKSEM di Kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada 10 malam.

“Anggota kami membuat pemeriksaan lanjut dalam lori itu menemui timbunan sayur yang dibawa dari Thailand dan di bawahnya terdapat pelbagai kotak minuman tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan.

“Kesemua minuman itu dirampas, namun lelaki berusia 36 tahun terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Akta Makanan 1983,” katanya. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082